Biarlah Public Mutual membantu anda mencapai matlamat anda

Pemimpin Industri

Kami merupakan pemimpin industri unit amanah swasta di Malaysia, menguasai bahagian pasaran sebanyak 42%. Sebagai syarikat No.1(Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan di antara syarikat-syarikat unit amanah swasta. Sumber : The Edge-Lipper, 22 Mac 2010) dalam industri, kami menguruskan sebanyak lebih 70 dana dengan jumlah nilai aset bersih sebanyak RM35.2 billion untuk lebih 2.3 juta pemegang akaun.

Pemegang Anugerah terbanyak

Public Mutual merupakan pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu sebanyak 158 anugerah industri sejak 1999. Lebih 90% daripada anugerah yang dimenangi merupakan anugerah untuk prestasi dana cemerlang.

Jenama yang kukuh

Kami merupakan anak syarikat milik penuh Public Bank, salah sebuah bank terbesar dari segi saiz aset di Malaysia. Selain menikmati sokongan yang kukuh daripada bank tersebut, kami juga menikmati manfaat berkaitan rapat dengan jenama kuat PB. Kami merupakan pemenang bagi anugerah Emas Reader's Digest Trusted Brand bagi 4 tahun berturut-turut dan anugerah Platinum bagi tahun 2010. Kami juga menerima anugerah The BrandLaureate Awards bagi kategori unit amanah bagi 4 tahun berturut-turut. Ini membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur-pelabur Malaysia terhadap kami.

Pengalaman Meluas

Public Mutual mempunyai 29 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.